SIHIR AL-AIN

 
“Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka,”
[QS. Al-Qalam, Ayat 51]
 
AL-AIN atau sihir Ain adalah satu cabang musibah yang pada hakikatnya paling banyak berlaku secara meluas kepada seluruh seluruh lapisan masyarakat. Berbeza dengan unsur sihir atau santau yang sinonim dengan kefahaman majoriti yang mana memerlukan pihak ketiga (bomoh/pengamal ilmu) dan juga upacara, Al-Ain ini boleh berlaku tanpa sebarang perantara dan ritual.
 
Harus difahami manusia itu wujud dalam keadaan fizik (jasmani) dan juga metafizik (rohani). Metafizik atau rohani seseorang itu wujud dalam keadaan tenaga yang bersifat. Rohani ini pula mampu bergerak dan bekerja mengikut keinginan dan kemahuan yang dizahirkan mahupun yang terpendam pada minda separa sedar masing-masing.
 
BAGAIMANA Al-Ain mampu mendatangkan impak yang besar pada seseorang?
  • Perbezaan antara setiap manusia itu ada yang dilahirkan dengan genetik rohani dan jasmani yang utuh dan kuat, begitu juga yang sebaliknya.
  • Sebahagian manusia mengamal ilmu untuk memperkuatkan rohaninya tanpa disiplin Tazkiyatun Nafs (penyucian jiwa).
  • Mengambil ilmu pengisian yang majoritinya melibatkan unsur tenaga rohani bersifat negatif yang membelenggu rohani asal seseorang.
  • Kelahiran seseorang yang disertai dengan khadam ilmu hasil amalan generasi-generasi lepas (mewarisi saka keturunan).
Rohani yang kuat ini apabila dibawa secara membuta tuli dalam kehidupan akan membuatkannya diselaputi dengan unsur hawa nafsu yang menebal. Jesteru daripada hawa nafsu pada duniawi yang semakin menebal itulah yang mencetuskan sifat-sifat mazmumah dalam diri. Sifat mazmumah ini boleh jadi ditonjolkan secara zahir atau sekadar dipendam pada minda separa sedar seseorang.
 
Kesan daripada rohani yang kuat, diselaputi dengan hawa nafsu dan dipenuhi dengan sifat mazmumah, maka lahirlah rohani yang kuat dan bersifat negatif atau jahat.
 
“Al-‘Ain adalah pandangan yang disertai hasad dari tabi’at buruk yang mampu mendatangkan mudharat terhadap yang dipandang.”
[Al-Hafiz Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bari, 10/200]
 
ROHANI yang kuat dan negatif ini, cukup sekadar didorong oleh detik hati dendam dan benci pada seseorang sudah cukup untuk membuatnya menyerang dan merosakkan rohani mangsa. 

Kesan daripada rohani mangsa yang rosak, mampu membuatkan kehidupan mangsa bermasalah. Kerana pengurusan kehidupan seseorang itu sangat berkait rapat dengan kondisi dan kemampuan rohani masing-masing. Dan rohani yang semakin lemah juga membuatkan ianya tak mampu menyokong jasmani dengan sempurna maka timbullah pelbagai masalah dan penyakit pada jasad.
 
Maka daripada peristiwa inilah yang banyak melahirkan simptom-simptom seperti disihir atau disantau.
 
“Roh-roh itu ibarat pasukan tentera yang dilengkapi dengan kelengkapan, mana-mana roh yang seangkatan mereka akan bersekutu dan mana-mana yang tidak sekutu mereka akan berselisih.”
[al-Bukhari, Sahih Muslim, Kitab Ahadith al-Anbiya’, Bab al-Arwah Junud
Mujannadah, No. Hadith: 3436]
 
“Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ain”
[HR Al Bazzar, Kasyful Astar (3/404)]
 
ROHANI yang kuat dan negatif ini juga mampu menyerang, menakhluk dan mempengaruhi rohani orang keliling yang lebih lemah daripadanya hasil daripada kemahuan dan keinginan yang membuak-buak. 

Fikiran dan perasaan seseorang itu lahir daripada rohani masing-masing. Apabila rohani seseorang dalam keadaan ditawan, maka seluruh fikiran, perasaan dan tindakan mangsa hanyalah akan terfokus mengikut kemahuan dan hawa nafsu rohani negatif penyerangnya tadi sahaja. Walau dalam keadan sedar dan ingin melawan, dalaman mangsa tetap membuak-buak untuk menuruti pemangsa yang telah berjaya mempengaruhinya.
 
Maka hal ini jugalah yang banyak berlaku pada masalah perhubungan dan rumahtangga zaman ini yang telah dijustifikasikan sebagai sihir pengasih, sihir pemisah dan sihir penunduk.
 
“Al-‘Ain itu benar. Jika ada sesuatu yang menjangkaui takdir maka ‘ain lah. Jika diminta kepada kamu untuk mandi, maka mandilah.”
[HR Ibn Abbas RA, Riwayat Muslim, 5831]
 
Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang perkhidmatan rawatan atau temujanji boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.
 
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)
https://pusatrawatanalmudzil.wasap.my


Comments