Istilah khadam berasal dari kata 'khadim' [arab: خادم] yang artinya pembantu. Jin khadam bererti jin yang membantu dalam urusan pemiliknya sehingga terkadang mampu melakukan hal-hal yang tidak mustahil dilakukan oleh masyarakat umum.
Ilmu yang berasaskan khadam amat sinonim bagi masyarakat melayu dengan memegang kefahaman bahawa penggunaan khadam tidak menyalahi tauhid selagi tidak bergantung sepenuhnya pada khadam tersebut dan hanya mengambil khadam tersebut sebagai perantara. Antara jenis khadam yang biasa digunakan adalah khadam ilmu dan khadam tangkal.
KHADAM ILMU adalah pendamping yang diperoleh melalui amalan zikir dan ayat yang digunakan memang bertujuan untuk menjemput roh-roh arwah atau syeikh tertentu untuk mendampingi pengamal. Amalan zikir dan ayat untuk sebarang hikmah atau kelebihan seperti contoh pendinding, penunduk, penggerun, pengasih dan sebagainya juga adalah antara amalan yang melahirkan khadam tanpa pengamal sedar.
KHADAM TANGKAL pula biasanya menggunakan objek-objek tertentu sebagai medium perumah kepada khadam seperti contoh keris, batu, cincin, minyak dan wafaq. Barang-barang yang dianggap karamah tersebut biasanya dipuja dengan ritual tertentu untuk mendapatkan pengisian khadam bagi barang tersebut.
Dari sudut kerohanian, penggunaan khadam walau melibatkan apa tujuan sekali pun adalah salah dan penuh tipu muslihat. Ini kerana penggunaan khadam sebenarnya akan membelengu rohani asli manusia itu sendiri yang seharusnya menjadi tali perhubungan dengan Ilahi. Akibat daripada rohani asli pengguna yang terbelengu, maka pengguna akan sentiasa berada dalam keadaan pemikiran yang dirasuk. Pengguna lazimnya taksub dan sayang yang melampau pada ilmu dan barangan masing-masing. Malah merasa diri seperti kurang keyakinan diri andai tidak mengamal atau tidak beserta tangkalnya.
Dalil Hadis
Diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengisyaratkan tentang azimat dan hukumnya. Kata Ibnu Mas’ud: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّماَئِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat, dan guna-guna adalah syirik.” (HR. Imam Ahmad di dalam Musnad 1/381, Abu Daud di dalam Sunan-nya 7/630, Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak 4/217, 418, At-Tabrani di dalam Al-Kabir 10503, dan Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra 9/350)
Syeikh Al-Albani Rahimahullah menjelaskan: “Memang asal azimat itu adalah permata yang dirangkai yang digantungkan pada leher anak agar terpelihara dari gangguan mata-mata jahat. Kemudian mereka memperluaskan makna azimat tersebut sehingga mereka menamakan azimat kepada segala bentuk perlindungan. Contohnya: sebahagian mereka menggantungkan kasut kuda di pintu-pintu rumah atau di tempat yang jelas kelihatan, menggantungkan selipar di bahagian depan kereta atau di bahagian belakangnya, atau permata yang berwarna biru di bahagian depan cermin kereta bahagian dalam berdekatan dengan pemandu dengan tujuan untuk menolak bala.” (Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, 1/650)
Walaupun pengguna-pengguna khadam merasa adanya kelebihan selepas menggunakan khadam masing-masing, namun ramai yang terpedaya dan tidak sedar apabila beberapa nikmat hidupnya hilang sedikit demi sedikit. Pengguna khadam biasanya kerap rasa tidak tenang, mudah rasa terancam dan hidup tidak merasa bahagia apabila nikmat kesihatan, perhubungan dan rezekinya mula bermasalah. Paling malang adalah khadam-khadam ini tidak hilang begitu sahaja, sebaliknya akan turun melalui keturunan untuk mencari pendamping baru setelah kematian pendamping lamanya. Inilah antara punca masalah saka keturunan yang banyak mengganggu masyarakat pada hari ini.
Rohani manusia yang merupakan amanah dari Tuhannya sebetulnya telah lengkap dan sempurna, tidak lagi memerlukan khadam atau perantara untuk melakukan sesuatu. Namun ramai manusia yang gagal menjaga kerohanian masing-masing, lalu apabila gagal mendapatkan cita-citanya mulalah beralih kepada method lain yang bakal merosakkan diri dan keturunannya.
Seharusnya untuk mendapatkan hidup yang sempurna, seseorang harus menjaga rohani aslinya dengan sempurna. Untuk mendapatkan rohani yang bersih dan sempurna pula, manusia itu sendiri harusnya sentiasa dalam keadaan ikhlas tanpa mengharap sesuatu manfaat ke atas dunia dalam setiap amal ibadahnya. Kerana itu setiap ibadah harus dimulai dengan NIAT YANG SUCI, kerana walau sebaik mana ibadah tetapi dengan niat yang terpesong walau sedikit mampu membawa kerosakan kepada rohani individu.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Bolehkah saya memakai pendamping utk tujuan keselamatan, wibawa , karisma & penunduk ? Adakah tuan menyediakan khidmat tersebut ?
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM.
DeleteDARIPADA KONTEKS KEROHANIAN, PERBUATAN TERSEBUT ADALAH SALAH.
IANYA BAKAL MEROSAKKAN KEHIDUPAN SENDIRI, ORANG KELILING DAN JUGA SUSUR JALUR KETURUNAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG.
DAN PALING MERISIKOKAN ADALAH MAMPU MEROSAKKAN AKIDAH DENGAN CARA DAN TIPU DAYA YANG PALING HALUS.