SIHIR PENGASIH / PENUNDUK

Dalam masyarakat, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih / penunduk, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antara yang lazim ialah dengan menggunakan minyak beserta pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan makhluk halus.
Antara tujuan ilmu ini diamalkan ialah untuk menundukkan atau membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan mendapatkan jodoh, untuk mendapatkan seseorang terutamanya kaum wanita untuk tujuan pemuas nafsu, merampas isteri orang, untuk membalas dendam contohnya seperti pinangan ditolak, ataupun hanya untuk berseronok-seronok di samping untuk mengikis harta kepunyaan mangsa

Selain untuk tujuan di atas, ilmu ini juga banyak digunakan secara am oleh majikan kepada pekerja, diantara rakan-rakan dan orang keliling, juga oleh usahawan kepada pelanggan-pelanggannya atas tujuan untuk dihortami, digeruni dan sentiasa mengikut telunjuk pengamal.

Ilmu ini juga diamalkan supaya wajah kelihatan berseri, seperti yang dilakukan oleh mak andam terhadap pengantin perempuan yang diandam, untuk satu tarikh tertentu sahaja iaitu ketika bersanding, ataupun untuk jangka masa yang lebih panjang, biarpun usia telah meningkat. Ilmu pengasih juga diamalkan untuk menundukkan orang lain menyebabkan orang yang bertemu dengan pengamal dengan tidak semena-mena jatuh hati.

Ilmu pengasih / penunduk ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, dan pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya. Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan seseorang agar pasangan kekasih tunduk kepadanya.

Sahibul Fadilah Asy-Syeikh Asy-Sya'rawi ketika ditanya tentang penglibatan jin-jin untuk memisahkan pasangan suami isteri menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil Allah menganugerahkan keistimewaan-keistimewaan tertentu terhadap sesetengah daripada makhluknya. Dan di antara keistimewaan jin-jin ialah keupayaan melakukan sihir. Dengan itu jin-jin berkeupayaan mengubah pandangan seseorang yang melihat perempuan cantik itu menjadi hodoh, menyebabkan timbul rasa benci melihatnya seperti melihat kera di hadapannya. Begitulah sebaliknya menyebabkan perempuan yang tidak cantik atau mempunyai wajah biasa dilihat seumpama permaisuri yang jelita.
Bagi sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya dinamakan At-Tiwalah.
  • Menurut Wahid Abdul Salam Bali, amalan ini dilakukan oleh pasangan yang cetek pengetahuan agamanya, dan jahil tentang haramnya perbuatan yang dilakukan. Tukang-tukang sihir menyuruh si pengamal mengambil apa-apa bahan yang pernah digunakan oleh pasangan seperti baju, sapu tangan dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi mengandungi bau badan ataupun peluh pemakai. Tukang sihir akan mengambil beberapa batang jarum lalu menjampinya. Bahan yang telah dijampi itu ditanam pada satu tempat tertentu. Selain itu tukang-tukang sihir ada kalanya menjampi makanan yang dicampur dengan benda-benda kotor yang terdiri daripada najis, kencing ataupun darah haid dan diberi makan pada mangsanya.
  • Menurut Mohd. Abd. Wahab, Tiwalah ialah sesuatu amalan yang dilakukan yang dipercayai boleh menyebabkan isteri mengasihi suami atau sebaliknya. Dalam masyarakat Malaysia, amalan seperti ini lebih dikenali sebagai "nasi tangas'' ataupun "nasi kangkang'', di mana nasi ataupun makanan yang masih panas itu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Lebih berkesan lagi sekiranya orang yang melakukannya itu berada dalam keadaan kotor (haid). 
  • Menurut Abu Ubaidah Mahir sihir jenis ini dikenali sebagai Sihru'-Mahabbah (Sihir Kasih). Pengamal yang hendak melakukan sihir akan menemui tukang sihir yang meminta barang-barang tertentu seperti baju, sapu tangan, pakaian dalam dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi telah dipakai, kerana ia mengandungi peluh. Beberapa helai benang diambil daripada bahan tadi dijampi kemudian ditiup padanya, disimpulkan dan ditanam di tempat-tempat tertentu, atau dimasukkan dalam makanan atau minuman. Sihir yang paling dahsyat daripada jenis ini dan sangat berbahaya dinamakan As-Sihru'i-Aswad (Sihir Hitam) yang diperbuat menggunakan bahan najis, darah haid ataupun nifas.
Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan pasangan seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan pengamal. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan pasangan bertambah kasih kepada pengamal tetapi menyebabkan pasangan menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada pengamal.

Namun kesan sihir jenis ini dalam jangka masa panjang boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan, dan begitu juga sebaliknya bagi isteri, yang mana akhirnya membawa kepada perpecahan keluarga dan perceraian. Pasangan kadang-kadang jatuh sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi unsur-unsur kotor yang banyak.

Mangsa ilmu guna-guna akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, sentiasa terbayang wajah orang yang menyihirnya.
Kesan amalan sihir adalah berbeza, bergantung kepada kekuatan rohani seseorang dan jenis sihir yang dikenakan. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya. Kerana itu terdapat mangsa sihir yang menyedari apa yang sedang berlaku ke atasnya terasa seolah-olah dipukau, ditarik-tarik untuk memuja seseorang dan berusaha untuk melawan, tetapi tidak berkeupayaan kerana kekuatannya yang sebenar terlalu lemah.

Antara Tanda-Tanda Pada Mangsa:
  1. Sering merindui si pengamal melampau-lampau.
  2. Sukar tidur sekiranya si pemakai tiada disisi.
  3. Pelupa atau sentiasa dalam khayal.
  4. Mimpi didatangi si penyihir berulang kali.
  5. Kerap mimpi berahi/syahwat bersama penyihir.
  6. Mimpi seperti diikat atau terpenjara.
  7. Sukar mendapat zuriat.
  8. Hilang nafsu makan.
  9. Malas solat dan tidak khusyuk.
  10. Sering bercakap seorang diri.
  11. Murung / stress keterlaluan.
  12. Sering sakit dan terasa kemaluan seperti diikat.
  13. Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
  14. Merasa diri seperti berada di dalam tempat sempit dan sukar bernafas.
  15. Sering menghidu bau busuk pada masa & hari tertentu. Contohnya pada waktu Asar atau Maghrib, dan kerap terbau hanyir telur, bau tanah lembab, lumpur atau selut, atau bau darah.

Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Comments

  1. Isteri Sya dh nak minta cerai Gan Sya..dh sebulan xdok bersama..pa yg tertulis di atas MMG dia da CM tu cpt mrh,xda perasaan syg,xbole silap sikit dia mesti cpt memberontak..juga bdn dia rsa sakit2 CM di atas yg penerangan tersebut..bole bantu saya krn Allah sblm kami bercerai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASSALAMUALIKUM

      SILA KLIK LINK "HUBUNGI SEGERA" UNTUK MENGHUBUNGI PUSAT RAWATAN.

      Delete

Post a Comment