"Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta
meniupkan padanya roh-Nya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur.”
[QS. As-Sajdah Ayat 9]
“Roh-roh itu ibarat pasukan tentera yang dilengkapi
dengan kelengkapan, mana-mana roh yang seangkatan mereka akan bersekutu dan
mana-mana yang tidak sekutu mereka akan berselisih.”
[al-Bukhari, Sahih Muslim, Kitab Ahadith al-Anbiya’, Bab al-Arwah Junud
Mujannadah, No. Hadith: 3436]
ROH merupakan unsur yang mengalir dan MENGHIDUPKAN JASMANI. Wujud roh
bukanlah dalam bentuk fizik dan bukanlah sebagai 1 objek. Roh itu sendiri
merupakan sekumpulan tenaga yang berlapis-lapis dan setiap makam roh itu
berkait rapat dengan setiap titik saraf pada jasmani manusia. Daripada roh
jugalah yang MELAHIRKAN pancaindera zahir melalui jasmani yang telah dihidupkan
dan juga PANCAINDERA BATIN iaitu FIKIRAN dan PERASAAN pada setiap makhluk yang
masih hidup.
Roh itu bukanlah bersifat Qadim. Ia adalah makhluk yang bersifat baru, mampu
rosak dan kotor (termutasi kearah yang negatif). Kerana itulah setiap masalah
dan penyakit yang dizahirkan melalui jasmani sebenarnya berpunca daripada
rohani yang bermasalah.
Apabila pengaliran roh pada jasmani mula terganggu, maka secara
berperingkat kestabilan atau sistem pada jasmani juga akan mula tergendala. Sistem
jasmani yang tergendala inilah menjadi punca kemerosotan pada tahap kesihatan
individu itu sendiri.
Ketidakstabilan pada rohani ini juga akhirnya melahirkan corak fikiran dan
perasaan yang bermasalah. Pada peringkat mutasi rohani yang lebih banyak, maka
manusia mula terdedah kepada pelbagai masalah psikologi (gangguan
fikiran/perasaan).
Unsur yang mampu merosakkan rohani sudah tentulah wujud dalam unsur yang
sama juga, iaitu dalam unsur roh (tenaga hidup). Masalah-masalah rohani ini datang
daripada pelbagai sudut.
Antaranya adalah:
Maka dengan itu lebih mudah difahami bahawa kunci penyelesaian kepada
masalah rohani dan jasmani itu sebenarnya terletak pada kesejahteraan rohani
masing-masing. Jalan terbaik dalam memperbaiki rohani dan jasmani adalah terletak
pada seluruh amalan rohani yang berteraskan 'TAZKIYATUN NAFS' (penyucian
jiwa/roh).
Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang perkhidmatan rawatan atau
temujanji boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)
https://pusatrawatanalmudzil.wasap.my
[QS. As-Sajdah Ayat 9]
[al-Bukhari, Sahih Muslim, Kitab Ahadith al-Anbiya’, Bab al-Arwah Junud
Mujannadah, No. Hadith: 3436]
Antaranya adalah:
- DIWARISI DARIPADA KETURUNAN. Secara ghaib boleh diterangkan sebagai gangguan saka atau sihir yang diwarisi daripada keturunan. Secara zahirnya boleh dilihat sebagai penyakit keturunan yang diwarisi daripada mutasi genetik.
- TABIAT KONSUMSI. Pengambilan makanan dan unsur luar yang dicernakan akan terpecah sebagai unsur tenaga. Unsur tenaga daripada luar ini boleh jadi membantu atau juga membebankan semula rohani seseorang. Unsur luar seperti supplement dan narkotik mampu merosakkan dan memutasikan rohani seseorang.
- SERANGAN TENAGA DARI LUAR. Unsur serangan rohani daripada luar juga mampu menyekat dan merosakkan keadaan rohani seseorang. Mudah difahami sebagai unsur sihir dan santau.
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)
https://pusatrawatanalmudzil.wasap.my
Comments
Post a Comment