ROH, KEROHANIAN DAN GANGGUAN ROHANI

Ramai yang pernah berbicara tentang rohani atau kerohanian namun masih terpinga-pinga dengan apa yang mereka sampaikan. Ada yang terkonon menyampai atau mengajar ilmu kerohanian, ada juga yang berprasangka sebagai ahli kerohanian. Namun sejauh manakah mereka mengenali dan memahami kerohanian masing-masing?

Perkataan arab 'Ar-Ruh' berasal daripada bahasa ibrani 'Ru’ach' yang mempunyai beberapa erti. Walaubagaimanapun penggunaan bahasanya menjurus kepada istilah bagi sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar dan mempunyai daya yang aktif. Dalam bahasa yang lebih mudah ianya merujuk kepada tenaga hidup.

Dalam cabang keilmuan tentang roh, alam roh ini dapat dipecahkan kepada beberapa lapisan. Pada lapisan paling nyata ianya dirujuk sebagai Roh Jasmani atau Roh Jasad manakala pada lapisan roh paling halus atau ghaib dirujuk sebagai Roh Idhofi atau Roh Al-Qudsi.

Dalam penggunaan kosa kata 'Kerohanian' bukanlah merujuk kepada 1 subjek sahaja, sebaliknya kepada seluruh lapisan rohani daripada lapisan terawal sehinggalah ke lapisan terakhir atau boleh juga digambarkan sebagai sebuah kerajaan rohani. Dalam bahasa yang lebih mudah, 'Kerohanian' adalah berkisar tentang sekumpulan tenaga yang menghidupkan sebuah kehidupan.

Fakta Gangguan Dan Rawatan Alternatif Rohani;


  • Setelah difahamkan kerohanian itu adalah sekumpulan tenaga, maka gangguan yang menceroboh dan merosakkan dimensi rohani seseorang juga tentulah berada dalam elemen yang sama. Makhluk halus, entiti dan sebarang gangguan adalah termasuk dalam kelompok tenaga yang bersifat negatif.
  • Daripada sudut konsep fizik keabadian tenaga, ianya tidak boleh dimusnahkan sebaliknya hanya mampu berubah daripada suatu sifat lama kepada sifat yang baru. Jesteru itu rawatannya haruslah melalui fasa penyucian tenaga, daripada bersifat negatif agar kembali kepada keadaan tenaga yang tidak bersifat (raw/pure energy).
  • Tenaga negatif yang berkeadaan ghaib ini tidak memiliki sebarang bentuk dan rupa. Wujudnya adalah dalam keadaan yang bebas dan hanya memiliki sifat, corak aliran dan halatuju atau tujuan yang tertentu.

Tiga fakta penting mengenai gangguan rohani ini harusnya dapat merobohkan kepercayaan dan fahaman kuno masyarakat hari ini tentang rawatan alternatif rohani. Pelbagai cerita karut mengenai rawatan rohani terlalu menular di minda purba majoriti masyarakat hari ini.

Kisah menyembelih atau membunuh makhluk halus itu hanyalah sebuah 'aksi drama' bagi kelompok yang memperolok dan sedang diperolokkan. Begitu jugalah dengan kisah melihat rupa paras dan 'bilangan ekor' makhluk halus tersebut. Ianya tidak lain hanyalah halusinasi yang terhasil akibat daripada minda dan pancaindera yang telah dirasuk dan dikuasai oleh elemen negatif tersebut.

Firman Allah, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (QS Al-Isra’: 85)

Konteks 'sedikit' daripada sudut Firman Ilahi sudah tentulah tentulah luas jika dipandang daripada sudut kemanusiaan.
Ar-Rabi’ Ibnu Anas berkata : “Ilmu seluruh manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah bagaikan setitis air dibandingkan dengan seluruh lautan”.

Kedangkalan 'ahli kerohanian' pada hari ini adalah apabila menafsirkan konteks 'sedikit' tersebut sebagai satu tabu atau limitasi untuk terus mengeksplorasi keilmuan rohani demi mencari kebenaran dan kefahaman yang lebih mendalam tentang alam roh.

Maka terhasillah 'cendekiawan' yang sewenang-wenangnya berbicara tentang ilmu kerohanian walhal tidak berpengetahuan dan berpengalaman mengenai bidang tersebut. Kesan buruk daripada tindakan tersebut kepada masyarakat adalah penyebaran dakyah yang tidak tepat mengenai ilmu kerohanian. Hasilnya, persepsi seluruh masyarakat terhadap alam kerohanian menjadi rosak dan bertentangan dengan hakikat alam kerohanian itu sendiri.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang perkhidmatan rawatan atau temujanji boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)
https://pusatrawatanalmudzil.wasap.my

Comments