Rawatan Alternatif Spiritual atau dalam bahasa kebanyakannya ialah rawatan alternatif, rawatan tradisional, rawatan batin dan rawatan kerohanian adalah salah satu cabang ilmu kerohanian dalam bidang perubatan yang kerap dirujuk oleh pesakit yang menghadapi pelbagai masalah kehidupan dan penyakit, sama ada penyakit medik atau mistik.
Namun apakah yang dimaksudkan dengan Rawatan Alternatif Spiritual?
Umum bagi masyakarat hari ini yang kononnya ditelan arus kemodenan tidak mempunyai idea kefahaman tentang konsep Rawatan Alternatif Spiritual. Lebih malang lagi apabila kebanyakan golongan perawat itu sendiri juga langsung tidak memahami konsep rawatan dalam bidang dan ilmu masing-masing.
Secara umumnya, konsep bagi rawatan ini adalah seseorang perawat itu menggunakan kerohaniannya untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah pada kerohanian pesakit yang kebanyakannya diakibatkan oleh belengu daripada tenaga negatif. Tenaga negatif yang membelengu ini boleh datang dari pelbagai sudut contohnya daripada tatacara kehidupan sendiri, keturunan, orang keliling, mahupun tempat.
Dalam rawatan ini, teknik mengolah tenaga rohani itu sendiri adalah berbeza mengikut ilmu dan kefahaman masing-masing. Antara contoh teknik pengolahan tenaga rohani adalah melalui amalan kerohanian, amalan agama, penggunaan unsur alam semulajadi dan pengolahan tenaga alam semesta. Tenaga-tenaga metafizik yang terhasil dari amalan tersebutlah yang dimanipulasi oleh perawat untuk memperkuatkan kerohanian masing-masing dan seterusnya digunakan untuk bertempur didalam rawatan.
Apabila seorang perawat mengambil kes rawatan, tenaga negatif yang membelengu pesakitnya itu mampu menyerang semula kerohanian perawat dan mengakibatkan kesan sampingan rawatan pada kedua-dua belah pihak. Dan bagi sesetengah keadaan yang mana tenaga negatif tersebut bersifat parasit, ia mampu berpindah kepada dimensi kerohanian perawat dan menjadikannya sebagai perumah baru yang lebih stabil memandangkan perumah lamanya yang semakin rosak. Hal ini jika tidak diselesaikan oleh perawat, akan membawa kerosakan total pada kerohanian perawat. Hasilnya dalam jangka masa panjang, perawat akan mula dibelengu pelbagai masalah dalam kehidupan dan akan menghidapi pelbagai penyakit medik mahupun penyakit mistik.
Dari sudut pesakit pula, antara kesalahan tanggapan dalam mencari perawat adalah dengan beranggapan sesetengah perawat itu lebih rasi atau sesuai dengannya berbanding perawat lain dalam perihal rawatan untuk menyelesaikan masalah mereka. Hakikatnya, istilah tersebut tidak wujud. Kerana dalam rawatan kerohanian, segala-galanya adalah bergantung kepada kekuatan dan kemampuan rohani perawat tersebut dan sifat tenaga negatif yang membelengu pesakit. Kebarangkalian kesembuhan kepada pesakit tersebut adalah mungkin kerana kemampuan rohani perawat yang melampaui tenaga negatif yang membelengu pesakit, atau mungkin kerohanian perawat itu sendiri adalah perumah yang lebih stabil untuk tenaga negatif tersebut seperti yang telah diterangkan di atas.
Begitu juga dengan daya penaakulan dan bacaan perawat terhadap pesakit, atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami adalah 'scan'. Seperti yang kita sedia maklum, tahap kemampuan setiap perawat itu adalah berbeza. Jadi ada bacaan yang mampu dibaca dan ada yang tidak mampu dibaca oleh perawat, bergantung kepada tahap tenaga negatif yang membelengu pesakit tersebut sama ada melampaui atau lebih rendah dari kemampuan perawat. Hasilnya, bacaan perawat yang berlainan mungkin agak berbeza antara satu sama lain terhadap pesakit tersebut.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Comments
Post a Comment