Dalam bidang ilmu perubatan Islam, isu yang julung kali menjadi perbalahan dan perbahasan bagi setiap pihak adalah berkenaan teknik pandangan atau 'scan' dan rawatan secara jarak jauh. Apabila ilmuan yang kononnya berilmu tetapi jahil dalam bidang yang dibahaskan, maka yang tersebar adalah tidak lain hanya kesalahfahaman dan juga fitnah.
Antara ideologi jahil tersebut adalah berkenaan teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh adalah menyalahi syariah Islam kerana 100% melibatkan bantuan jin pendamping dan khadam semata-mata. Apabila ideologi tersebut menular dan menjadi ikutan dikalangan pengikut yang bermentaliti rendah tanpa sebarang usul dan kajian, makanya golongan ini akhirnya berjaya menanamkan dogma minda yang sempit kepada masyarakat.
Apakah konsep sebenar dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh?
Secara amnya, alam kerohanian seorang manusia adalah merangkumi dan meliputi seluruh lapisan alam tenaga dan material yang terbentang di alam semesta. Walaupun secara fizikalnya manusia itu mungkin berada pada tempat yang berbeza, namun secara rohaninya tenaga mereka sentiasa berada di dalam ruang yang sama dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berhubung antara satu sama lain. Manakala dari sudut alam fizikal pula, manusia itu sentiasa memancarkan corak tenaga rohani masing-masing tanpa mereka sedar.
Jadi dalam teknik pandangan/'scan' jarak jauh, perawat sebenarnya sedang mengesan dan membaca kerohanian pesakit melalui pembiasan tenaga rohani yang dipancarkan pesakit. Masalah pada pesakit boleh dibaca melalui corak pembiasan tenaga rohaninya sama ada tenaga rohani pesakit berada pada tahap yang kasar, halus atau memiliki kitaran tenaga yang lancar atau lambat dan tersekat. Penaakulan atau bacaan tenaga rohani ini mampu pergi ke tahap yang lebih terperinci mengikut ilmu kefahaman dan pengalaman perawat.
Manakala dalam konsep rawatan jarak jauh pula, teknik rawatan ini langsung tidak melibatkan apa-apa ritual dan upacara seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Seperti yang telah diterangkan di atas yang mana kerohanian setiap manusia sedang berada pada ruang yang sama dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berhubung, maka apabila pesakit dan perawat masing-masing bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kedua belah pihak maka kerohanian antara pesakit dan perawat akan mula terhubung antara satu sama lain. Apabila kerohanian antara perawat dan pesakit mula terhubung, maka secara tidak langsung kerohanian perawat akan memulakan rawatan dan proses kerohanian terhadap kerohanian pesakit mengikut kemampuan kerohanian perawat tersebut.
Adalah lumrah bagi manusia zaman kini yang tidak kenal dan tahu tentang kerohanian masing-masing dan kemampuannya. Apabila kesedaran rohani semakin kurang, maka kualiti manusia itu sendiri semakin terbatas dan lemah. Mentaliti manusia akhirnya membuatkan kerohanian mereka terbatas kepada ruang dan tempat. Sedangkan tenaga rohani itu jangkauannya adalah lebih jauh dan luas dari kemampuan tenaga minda manusia itu sendiri. Bermaksud selagi minda dan pemikiran manusia mampu memikirkan seseorang atau memikirkan sesuatu tempat yang jauh, maka tenaga rohaninya mampu bergerak lebih pantas dan jauh dari tenaga mindanya itu.
Kesimpulannya, tiada istilah batasan dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh selagi perawat tahu sasaran masing-masing, sama ada melalui nama, gambar atau lain-lain yang hanya bertindak sebagai penunjuk arah sasaran semata-mata. Adalah satu kesalahan dan kesilapan sekiranya manusia beranggapan bahawa hanya ilmu hitam atau sihir sahaja yang mampu dilakukan secara jarak jauh, tetapi bukan ilmu haq kerohanian.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
ReplyDeleteIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
ASSALAMUALIKUM
DeleteSILA KLIK LINK "HUBUNGI SEGERA" UNTUK MENGHUBUNGI PUSAT RAWATAN.