MENCARI YANG 'HAQ' ATAU YANG 'BATHIL'

Bagi seluruh pencari ilmu, ramai yang telah merantau merata dan mencari bermacam perguruan untuk menuntut ilmu dalam menyempurnakan perjalanan kerohanian masing-masing. Namun didalam perjalanan ramai yang terhenti dek kerana terpesona dengan pelbagai cabang ilmu hikmah dengan pelbagai kelebihan dalam setiap amalannya.

Hal ini akibatnya bakal memesongkan pencari ilmu sedikit demi sedikit dari tujuan sebenar dalam mencari kebenaran disebalik rahsia Ilahi. Akibatnya ramai yang bertahun-tahun masih ditempat yang sama berpusing tanpa arah tujuan dalam perjalanan kerohanian masing-masing. Ramai yang tertipu dengan pelbagai kelebihan hasil dari setiap ilmu hikmah yang telah diamalkan bertahun-tahun. Tak kurang juga yang terperasaan sendiri walau hanya berpegang atas jalan cerita orang dahulu kala sahaja. 

Dari sudut awam, kebanyakan yang kononnya ahli kerohanian ini yang dipandang tinggi oleh masyarakat disebabkan penampilan zahirnya, dan pengetahuannya yang luas dalam falsasah bidang ilmunya. Namun tanpa sedar, sebenarnya telah gagal dalam perjalanan kerohanian masing-masing.
Mengapa? 
Kerana ramai diantara golongan tersebut sebenarnya adalah golongan-golongan pesakit, terutamanya kepada penyakit moden dan penyakit kekal. Sebagai contoh adalah penghidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout atau mungkin penyakit-penyakit lain. Hidupnya perlu bergantung kepada ubat akhirnya walaupun cerita ilmunya tinggi dan hebat. 

Dari sudut kerohanian, jasad adalah simbolik kepada rohani setiap insan. Jasad yang berpenyakit itulah jasad yang sedang rosak kerohaniannya. Sedangkan kesihatan rohani seseorang pula adalah simbolik pada kecantikan perhubungannya dengan Ilahi. Maka gagal dalam perhubunganya dengan Ilahi bermaksud seseorang itu langsung tidak mengenali diri dan rohaninya. 

Jadi mana mungkin seseorang yang gagal dalam perjalanan kerohaniannya bukan sekadar bercerita malah menyampaikan dan menyebarkan ilmu kerohanian masing-masing? Tak kurang juga ramai yang terperasan dengan perjalanan kerohaniannya sedangkan jasmani dan rohani sendiri tidak terjaga. Dalam jangka masa panjang, masalah ini akan bakal merosakkan institusi-institusi ilmu kerohanian dan memesongkan lebih ramai pencari dan penuntut ilmu kerohanian.
Bagi seluruh pencari ahli kerohanian, tidak perlulah gila akan seluruh kehebatan dan kelebihan yang ada dimuka bumi, tidak perlulah gila akan seluruh cerita martabat tinggi orang dahulu kala. Cukuplah sekadar mencari kesihatan tubuh badan yang sempurna selagi hayat dikandung badan. Kerana jasad itulah sebenar-benar amanah dari Ilahi yang seharusnya dijaga rapi. Tuhan itu tidaklah menzalimi manusia kecuali manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri. 

Semoga setiap dari kita mendapat renungan yang Haq. 

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil 
Master Kun 
0179497139 
(CALL/WHATSAPP)

Comments