PENYAKIT DAN MASALAH DARI SUDUT KEROHANIAN

Secara semula jadinya setiap manusia itu hidup secara selari di dua alam yang berbeza sama ada secara sedar atau tidak.
Dua alam tersebut secara ringkasnya adalah ALAM FIZIKAL (alam jasad) dan ALAM SPIRITUAL (alam roh).

Alam fizikal adalah alam perlaksanaan bagi kehidupan manakala alam spiritual adalah alam punca bagi kehidupan. Kehidupan sebenar manusia berpunca dari alam spiritual dan sentiasa memancar ke alam fizikal agar manusia dapat merasai dan menjalani kehidupan seharian dengan sempurna.

Kehidupan manusia mula bermasalah apabila wujudnya dinding yang mengganggu aliran kerohanian diantara dua alam tersebut. Dinding tersebut dalam istilah yang mudah adalah NAFSU.
Nafsu dari sudut kerohanian bukanlah sesuatu yang baik atau buruk. Apabila berada pada keadaan yang terkawal, nafsu dapat membawa kepada kebaikan dengan membawa manusia kepada keterusan hidup yang terjamin. Contohnya adalah keinginan untuk mendapat pendapatan yang terjamin, penempatan yang selamat dan makan minum yang terjaga.

Tetapi apabila nafsu membesar dan berlebihan, maka akan menjadi dinding yang menghalang perjalanan kerohanian setiap manusia dan kehidupan akan mula bermasalah. Masalah dalam kehidupan ini akan makin membesar dan lama-kelamaan mula menjadi pelbagai penyakit mistik dan penyakit moden.

Punca yang menyebabkan nafsu semakin membesar dan menjadi dinding pada pancaran rohani setiap insan banyak. Antaranya adalah KETURUNAN. Sebagai contoh, nafsu yang diwarisi dari bapa adalah pada skala 3 dan dari ibu pada skala 5, maka anak tersebut akan mewarisi nafsu dengan skala 8.

MAKANAN juga memainkan peranan dalam mempengaruhi nafsu. Kerana setiap tumbuhan dan haiwan juga mempunyai diri nafsu masing—masing. Kerana itu kita perlu menjaga diet pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang halal dan menyihatkan.

Selain itu, PERBUATAN seharian seseorang juga boleh menjadi punca besarnya blok nafsu. Manusia sering terlepas pandang akan kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan sepanjang hidup. Walaupun hanya perbuatan salah tersebut dipandang kecil dan ringan, namun hasil dari perbuatan yang sama berulang-ulang sepanjang kehidupannya akan menjadi negatif yang besar dan menjurus pada pembesaran nafsu di alam kerohaniannya.

Punca lain yang membesarkan nafsu adalah NIAT. Individu yang terlalu berniat sesuatu yang melampau, atau sesuatu keinginan, fikiran atau perasaan yang tinggi tetapi dipendam tanpa diredakan maka akan menyebabkan nafsu membesar dan menjadi tidak terkawal. Dalam skop niat, individu lain yang terlalu berniat, berharap atau menginginkan sesuatu dalam keadaan yang tidak bersederhana keatas seseorang juga boleh menyebabkan dinding atau blok nafsu pada kedua-dua individu tersebut membesar. Dan hasilnya, individu yang berniat tersebut bukan sahaja merosakkan dimensi kerohanian diri sendiri, malah turut merosakkan dimensi kerohanian individu lain. Walaupun apa yang diniatkan atas tujuan yang baik, tetapi atas dasar yang melampau dan tidak bersederhana itulah yang membawa kepada keburukan dan kerosakan dalam kehidupan seharian.
Ramai dikalangan manusia yang tidak sedar akan masalah kehidupan masing-masing pada peringkat awal. Kerana sudah terlalu biasa hidup dalam keadaan yang sama maka seseorang itu akan merasa selesa dengan kehidupannya yang semakin rosak. Manusia selalunya mula sedar dengan masalah dan kerosakan kehidupan masing-masing setelah munculnya pelbagai penyakit mistik dan moden yang sukar diubati. Masalah ini sebetulnya dapat dicegah dengan mudah pada peringkat awal dengan pelbagai amalan ibadah dan amalan kerohanian. Tetapi apabila nafsu pada kerohanian seseorang itu sudah terlalu melampaui batas sehingga munculnya pelbagai penyakit, maka agak sukar untuk diubati tanpa ilmu pengetahuan dan cara yang tepat.

Melalui pengalaman dan kajian dari Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil, kami telah menemui beberapa kaedah kerohanian untuk mengikis dan merendahkan semula nafsu pesakit yang bermasalah sehingga ketahap normal semula. Dalam masa sama setiap kerosakan kerohanian yang menjurus dari alam spiritual ke alam fizikal juga dapat diperbaiki semula agar perjalanan kerohanian pesakit berjalan dengan lancar semula. Hasilnya, pesakit sebenarnya bukan sahaja sedang melalui proses rawatan bagi penyakitnya, tetapi juga dalam proses memperbaiki kehidupan kearah kehidupan yang lebih baik dan tenang. Insyaallah.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Comments