GELOMBANG FREKUENSI JASAD DAN PENYAKIT

Seluruh semesta alam dan seisinya terdiri daripada susunan-susunan atom yang memenuhi ruang. Dari sudut tenaga, setiap atom itu sendiri mempunyai gelombang frekuensi masing-masing. Begitu juga dengan tubuh badan manusia yang mempunyai gelombang frekuensi tersendiri. Kelancaran setiap fungsi tubuh badan manusia berada pada tahap yang cantik dan berfungsi sepenuhnya apabila jasad berada pada frekuensi yang tinggi. Semakin gelombang frekuensi ini menurun rendah ke arah statik, jasad semakin terdedah kepada malfungsi dan pelbagai penyakit.

Dari sudut kesihatan, gelombang frekuensi bagi tubuh badan yang sihat adalah dalam lingkungan 62-78 MHz. Dalam lingkungan frekuensi ini, antibodi badan berada pada tahap terbaik. Sebarang penyakit, virus dan kuman tidak dapat bertahan didalam badan yang mempunyai gelombang frekuensi yang tinggi. Sebaliknya apabila gelombang frekuensi badan semakin rendah, sistem antibodi tubuh badan menjadi semakin lemah dan terganggu. Selepas gelombang frekuensi jasad seseorang turun kepada 58 MHz dan kebawah, virus dan kuman dapat menjadikan badan sebegai perumah. Badan juga semakin terdedah kepada kecacatan pertumbuhan DNA yang menjadi punca pada pelbagai penyakit.
Menurut Dr. Royal R. Rife, setiap penyakit mempunyai frekuensi tersendiri. Beliau menekankan sesetengah jenis gelombang frekuensi dapat mencegah pertumbuhan penyakit dan beberapa jenis gelombang frekuensi lagi dapat memusnahkan beberapa penyakit secara total. Kerana setiap penyakit terhasil daripada gelombang frekuensi yang rendah dan dapat dihapuskan dengan gelombang frekuensi yang tinggi.

Idea penggunaan gelombang frekuensi dalam menyembuhkan penyakit bukanlah sesuatu yang baru. Sejak awal tahun 1900 lagi beberapa kajian tentang penggunaan teknologi gelombang frekuensi dalam merawat penyakit pernah dibangunkan. Malah sel kanser sendiri berjaya dimusnahkan tanpa merosakkan sel-sel tubuh badan lain yang sihat, berbeza sepenuhnya dari penggunaan kaedah radiasi kemoterapi dalam rawatan kanser yang merosakkan seluruh sel penyakit dan sel yang sihat. Tetapi malangnya kajian tersebut dihentikan akibat dari pelbagai ugutan yang diterima daripada industri perubatan moden.

Dari sudut kerohanian, gelombang frekuensi jasad yang tinggi apabila kerohanian seseorang sentiasa dihidupkan. Gelombang frekuensi yang tinggi merupakan simbolik pada blok kerohanian yang sedikit, lalu menjurus pada tenaga rohani untuk sentiasa berjalan dengan lancar dan mengaktifkan seluruh sistem tubuh badan dengan sempurna. Apabila kerohanian seseorang terganggu, iaitu apabila terdapat banyak blok pada kerohaniannya, maka tenaga rohaninya tidak dapat berjalan dengan lancar maka frequensi tubuh badan akan mula menurun kearah statik. Antara punca turunnya gelombang frekuensi seseorang adalah hasil daripada tabiat pemakanan, cara kehidupan seharian dan beberapa elemen lain.
Turunnya gelombang frekuensi tubuh badan bukan sahaja akan mengganggu sistem imunisasi tubuh badan, malah turut mengganggu seluruh kehidupan seseorang. Tanda-tanda gelombang frekuensi tubuh badan seseorang semakin menurun adalah apabila seseorang melakukan sesuatu, mereka akan lebih cenderung menemui kebuntuan dan kegagalan. Apa yang dihajati akan semakin sukar untuk diperolehi dan apa sahaja yang mereka cuba lakukan akan menemui halangan dalam hidup. Apabila kegagalan demi kegagalan ditemui, mereka akan merasa lebih tertekan dan kecewa dan menyebabkan gelombang frekuensi tubuh badan mereka semakin menurun ke tahap bahaya. Akibatnya mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko penyakit.

Melalui pengalaman dan kajian Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil, kami telah menemui beberapa kaedah kerohanian untuk meningkatkan gelombang frequensi tubuh badan pesakit yang bermasalah dan menjurus pada penyembuhan penyakit. Dengan memperbaiki semula gelombang frekuensi jasad, pesakit sebenarnya bukan sahaja sedang melalui proses rawatan bagi penyakitnya, tetapi juga dalam proses memperbaiki kehidupan kearah yang lebih baik dan tenang. Insyaallah.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Comments

Post a Comment