KURSUS RAWATAN

KURSUS RAWATAN HOLISTIK SPIRITUAL & PEMBUKAAN MAQAM ROHANI


Tempat : Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
                No 45, Jalan TPT 9,
                Taman Puchong Tekali,
                47150, Puchong, Selangor.
Yuran    : RM300 seorang.


KANDUNGAN KURSUS:
KANDUNGAN KURSUS:
1. Penerangan tentang kefahaman Asas Kerohanian
2. Penerangan tentang Jalan Kembali Siratul Mustaqim
3. Penerangan tentang Zikir Nafs
4. Pembukaan maqam tenaga utama rohani Sirrullah (Roh Al-Qudsi)
5. Mengaktifkan maqam 99 Asma Husna di dan penyerahan kunci
6. Mengaktifkan 4 maqam utama dalam diri dan penyerahan kunci :
- Kunci Alif Lam Ra, (Kunci Jibril)
- Kunci Alif Lam Mim, (Kunci Israfil)
- Kunci Alif Lam Ha, (Kunci Izrail)
- Kunci Alif Lam Sod, (Kunci Mikail)
7. Penyerahan beberapa buah anak kunci lain..

Jasad merupakan penstrukturan dari seluruh lapisan rohani yang meliputi nyawa insan. Struktur rohani ini pula adalah program yang mempengaruhi corak kehidupan seseorang.

Seluruh penyakit dan masalah yang membelengu kehidupan berpunca dari kerosakan-kerosakan lapisan rohani tersebut yang mana banyak dipengaruhi oleh keturunan dan cara pembawakan hidup.

Untuk memperbaiki semula lapisan-lapisan rohani tersebut, asas ilmu kerohanian adalah amat diperlukan. Apabila kerohanian seseorang hidup dan berfungsi dengan baik, maka seseorang tidak perlu lagi bergantung kepada sebarang jenis ubat kerana sistem ‘auto-healing’ rohaninya akan berfungsi dengan sempurna.

Dari sudut konteks perhubungan dengan  Yang Maha Esa pula, kerohanian yang rosak dan kotor itulah yang menjadi hijab diantara hamba dengan Tuhannya. Penyucian rohani adalah satu-satunya jalan kembali yang benar kepada Rabbul Jalal bagi setiap insan. Dan bukti nyata bahawa tahap kerohanian seseorang semakin meningkat dan bersih adalah apabila bebasnya dari seluruh penyakit zahir dan batin.

Dalam bahasa yang lebih mudah, dengan memperbaiki & memperkukuhkan kerohanian atau spiritual seseorang, manusia mampu menuju ke arah sebuah kehidupan yang lebih baik, sihat, hidup tanpa ubat dan bebas masalah. Seterusnya membawa insan menjalani sebuah kehidupan yang lebih bermakna.

Dengan mengikuti Kursus Rawatan Holistik Spiritual & Pembukaan Maqam Rohani anjuran Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil, peserta akan dibimbing tentang penggunaan tenaga rohani insan, amalan dan kefahaman tentang ilmu kerohanian dengan lebih tepat & mengambil peluang untuk lebih mengenali seluruh potensi kerohanian badan diri sendiri sekaligus lebih mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

FAEDAH PADA FIZIKAL:
-- Menzahirkan potensi diri
-- Menguatkan 'sixth sense'
-- Menguatkan daya fokus
-- Menajamkan daya pemerhatian dan analisis
-- Menambah keyakinan diri
-- Menyelesaikan masalah rezeki
-- Menyelesaikan masalah dalam kehidupan
-- Mempercepat cita-cita
-- Menenangkan perasaan dan fikiran
-- Menyembuhkan penyakit fizikal
-- Hidup sihat tanpa ubat

FAEDAH PADA SPIRITUAL:
-- Mendekatkan diri dengan Pencipta
-- Menundukkan hawa nafsu
-- Merawat diri sendiri dari sihir
-- Menghilangkan masalah saka dan sebarang gangguan halus
-- Menyembuhkan penyakit misteri
-- Memahami dan mengenali diri sendiri

Pada yang BERMINAT, sila hubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil untuk urusan TEMUJANJI bagi TARIKH dan MASA kursus yang akan datang bakal dianjurkan.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil

Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)



Comments