PERTEMPURAN MINDA MANUSIA

Tenaga rohani dapat dipecahkan mengikut beberapa peringkat. Antaranya adalah tenaga minda. Tenaga minda banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan nyata, iaitu dalam penyusunan peristiwa dalam merencanakan sesuatu perancangan kehidupan.

Apabila seseorang membuat sesuatu perancangan, tanpa disedari dia sedang memancarkan tenaga mindanya mengikut setiap perancangan yang cuba dilaksanakan. Tenaga minda tersebut akan cuba untuk menyusun peristiwa yang bakal berlaku demi untuk merealisasikan hajat si perancang. Apabila tenaga minda tersebut dapat bekerja dengan baik, maka susunan dalam peristiwa dan pelaksanan perancangan tersebut akan mendatangkan hasil seperti yang dihajati oleh si perancang.
Namun bagi realiti kehidupan, hal tersebut tidaklah semudah yang disangka. Tanpa disedari minda manusia sebenarnya saling tindas-menindas antara satu sama lain. Sebagai contoh apabila beberapa manusia menghajati sesuatu perkara yang sama, maka tenaga minda masing-masing akan bertembung dan bertempur sesama mereka untuk memastikan perancang masing-masing berjaya dalam merealisasikan hajat mereka.

Setiap manusia pula memiliki tahap kekuatan minda yang berbeza. Antara hal yang mempengaruhi kekuatan minda seseorang itu termasuklah baka keturunan, suasana pembesaran dan juga amalan diri. Bagi seseorang yang memiliki minda yang kuat, mereka mampu menghasilkan tenaga minda yang lebih kuat dan padat. Berbeza dengan seseorang yang memiliki minda yang lemah, tenaga minda yang dihasilkan adalah rapuh.

Maka dalam pertempuran antara tenaga minda tadi, manusia yang memiliki minda yang kuat mudah mendapatkan apa yang dihajati. Manakala manusia yang memiliki minda yang lemah mudah gagal dalam kebanyakan perancangan hidupannya kerana tenaga yang dipancar keluar bagi merealisasikan hajat mereka musnah dalam pertempuran minda ketika proses penyusunan peristiwa dan pelaksanaan tersebut.
Bagi setiap pertempuran yang dialami oleh seseorang, minda mereka sebetulnya akan mengalami kecederaan dan kerosakan sedikit demi sedikit. Walaupun setiap minda itu sendiri mempunyai sistem penyembuhan masing-masing, namun ianya bukanlah berlaku dalam masa yang singkat.

Dalam hal ini walau bagi seseorang yang memiliki minda yang kuat sekalipun namun apabila terlalu memaksa dirinya untuk mendapatkan sesuatu dengan gelojoh, maka tenaga yang dihasilkan bukanlah semakin kuat sebaliknya dalam keadaan yang semakin rosak dan rapuh.

Dalam jangka masa panjang, apabila minda seseorang semakin rosak maka mereka cenderung untuk menghadapi kegagalan demi kegagalan dalam kehidupan masing-masing. Pada realiti kehidupan, individu tersebut akan semakin hilang motivasi untuk menjalani hari-hari yang seterusnya dan kerap kali menghidapi tekanan perasaan, gemuruh atau cemas yang melampau.

Disinilah pentingnya untuk individu lebih memahami tentang keadaan dan kemampuan diri sendiri agar mampu untuk mencari solusi bagi setiap masalah yang dihadapi sebelum keadaan menjadi bertambah kronik.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)


Comments