TAFAKUR / MEDITASI

Tafakur atau meditasi boleh didefinisikan sebagai perenungan tentang sesuatu perihal atau menumpukan perhatian terhadap sesuatu dalam keheningan. Secara teknikal, tafakur adalah adalah satu praktik yang melibatkan pelepasan fikiran dan perasaan daripada semua memori dan emosi berkaitan kemahuan dan permasalahan yang membebani kehidupan kita seharian. Dengan kata lain, tafakur melepaskan kita dari corak fikiran dan perasaan bersifat positif dan negatif yang mana secara subjektif merupakan pembiasan daripada persepsi dan justifikasi kita daripada satu sudut semata-mata bergantung kepada suasana dan pengalaman kehidupan seseorang.

Melalui amalan tafakur dalam jangka masa tertentu, seseorang itu mampu mengalami proses pengsrtukturan rohani dan jasmani. Jesteru dalam keadaan yang lebih tenang, seseorang mampu menghayati segala analisa dan konklusi untuk menyingkapi seluruh permasalahan dan tingkah laku, seterusnya tindakan atau jalan penyelesaian yang wajar bagi setiap masalah kehidupan peribadi.  Dalam keadaan fikiran dan emosi yang bebas daripada seluruh aktiviti, ternyata manusia tidaklah tidur, pengsan atau mati, sebaliknya berada pada tahap kesedaran yang paling tinggi.
Tafakur merupakan amalan rohani yang sinonim bagi setiap masyarakat. Merupakan juga amalan para anbiya dan para wali ketika bertahannuth atau bersuluk menyendiri dalam setiap jalan sufi mengenal diri. Dari sudut ibadah, tafakur sebenarnya merupakan asas dalam ibadah yang mengajar seseorang untuk melepaskan ikatan duniawi dan sentiasa berkeadaan sederhana dalam pembawakan diri menyelusuri kehidupan. Kepentingan ibadah tafakur banyak diberi penekanan dalam pengukuhan rohani seseorang.

Syeikh Abdul Qadir Jailani menerusi kitab karangannya yang berjudul Sirrul Asrar telah mencatatkan mengenai Hadis Qudsi yang mana Rasulullah SAW telah bersabda,
"Tafakur sesaat lebih utama dari ibadah setahun" dan "Sesaat tafakur lebih utama daripada ibadah seribu tahun."

Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam sebuah atsar yang menyebut,
“Bertafakur sesaat lebih utama daripada ibadah setahun.”

Abu Darda’ merupakan seorang sahabat yang terkenal sangat abid pernah ditanya tentang amalan yang paling utama.
Lalu ia menjawab, “Tafakur.”

Sayidina Ibn ‘Abbas berkata, “Sekelompok manusia bertafakur tentang Allah. Maka, Rasulullah Saw bersabda,
"Bertafakurlah tentang ciptaan Allah dan jangan bertafakur tentang Dzat Allah, karena kamu tidak akan dapat mencapai batas kekuasaan Allah yang sesungguhnya".”

Dalil Al Quran
"Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka menafakuri tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.’Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Qs Ali ‘Imran: 191).

Selari dengan praktik tafakur untuk melepaskan fikiran dan perasaan dari belenggu kehidupan, cara terbaik untuk bertafakur adalah dengan mematikan seluruh pancaindera luaran seseorang sehingga benar-benar bebas daripada sebarang aktiviti pancaindera.

Imam Ghazali dalam kitabnya Al Munqidz Min Al Dholal, telah mengutip sebuah ungkapan Imam Syafi’ie yang berbunyi,
“Lawanlah nafsu bicara dengan menutup mulut. Hadapilah persoalan pelik dengan tafakur.” 

Dalil Hadis
Diriwayatkan Thabrani dan Baihaqi. Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana untuk hampir dengan Allah.
Rasulullah bersabda kepada Saidina Ali : “Ya Ali, pejamkan kedua matamu, rapatkan kedua bibirmu, naikkan lidahmu ke langit dan berzikirlah kepada Allah sebanyaknya dalam qalbi."
Tafakur juga bermanfaat kepada seseorang dari sudut kesihatan fizikal sama ada secara langsung atau tidak. Salah satu manfaat tersebut adalah mempercepatkan proses penyembuhan bagi sebarang penyakit. Dari sudut fisiologi, tafakur adalah anti-stres yang terbaik.

Saat seseorang mengalami stres, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat, pernafasan menjadi lebih pendek dan cepat, dan kelenjar adrenalin akan mengeluarkan hormon stres. Dengan tafakur, denyut jantung akan kembali menjadi lambat, tekanan darah menjadi normal, pernafasan menjadi tenang, dan penghasilan hormon stres akan menurun.

Kajian daripada Universiti Wisconsin juga menunjukkan bahawa amalan tafakur melatih otak untuk menghasilkan lebih banyak gelombang Gamma, yang kerap dihasilkan saat seseorang merasa bahagia.

Dalam penelitian lain pula, mendapati bahawa amalan tafakur bermanfaat untuk mengatasi gangguan fungsi ginjal dengan mempertingkatkan menghasilan hormon melatonin dan serotonin serta menurunkan hormon stres kortisol.

Dr. Herbert Benson, seorang pakar jantung dari Universiti Harvard, juga pernah menggabungkan manfaat tafakur dengan perubatan barat moden. Ia menjelaskan tentang manfaat dari tafakur yang diamalkan seseorang secara konsisten mampu menyusun atur dan menambah baik fungsi kerja organ dan sel pada tubuh.

Demikian adalah sedikit penerangan tentang kepentingan dan manfaat tafakur dari sudut rohani dan jasmani. Amalan tafakur bukanlah sebuah amalan yang menyerupai mana-mana kaum atau agama, sebaliknya merupakan amalan asas bagi setiap manusia bagi mencapai kestabilan rohani dan jasmani masing-masing. Pendedahan awal tentang amalan tafakur kepada setiap lapisan masyarakat adalah penting dalam membentuk modal insan yang lebih berkualiti.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian.

Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)


Comments