Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri atas sebab tertentu yang biasanya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir yang juga dikenali sebagai Sihir Tafriq ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci.
Pada kebiasaannya sihir ini berlaku apabila seseorang itu menginginkan sebuah pasangan itu berpisah atau tidak bersama. Bukan suami isteri sahaja yang boleh terkena sihir ini, malahan ibu dan anak, ayah dan anak, majikan dan pekerjanya juga sesama jiran tetangga. Tetapi yang menjadi masalah yang sangat besar apabila ia melibatkan penceraian antara suami isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi fokus utama sihir ini ialah memisahkan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.
Ibnu Kathir menjelaskan bahawa pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan menjadikan mereka memandang wajah pasangan mereka kelihatan hodoh, buruk dan menakutkan, samada dari segi paras rupa atau tingkahlaku. Dengan sebab itulah perangai mereka juga akan berubah. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan tidak kena. Semuanya salah. Sedangkan sebelum ini, perkara sama yang dilakukan oleh pasangan dianggap biasa dan tidak ada salahnya.

Dalil Al-Quran yang membenarkan wujudnya sihir pemisah ini ialah:
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah ayat 102)
Manakala dalil dari hadis Nabi s.a.w pula:
Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. – RiwayatMuslim
Berdasarkan dua dalil di atas, jelaslah bahawa sihir pemisah ini sememangnya wujud sejak dari zaman dahulu lagi.

Cara Sihir Pemisah Dihantar & Medium Yang Digunakan:
Antara medium yang biasa digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah:

- Menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian.
- Air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi.
- Menggunakan unsur yang dimasukkan ke dalam makanan mangsa atau menghidangkan makanan yang telah dijampi kepada mangsa.
Walaubagaimanapun teknik atau medium diatas hanyalah cara yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan mereka. Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin dalam simpanan atau belaan meraka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya menghantar jin tersebut untuk memasuki tubuh badan si mangsa dan mereka inilah yang mengganggu dan melakukan kerosakan dalam badan manusia. Jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi.
Tanda-Tanda Terkena Sihir Pemisah:
Antara tanda-tanda pasangan suami isteri yang terkena sihir pemisah ialah:

- Pasangan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin, atau terasa hilang nikmat dalam hubungan kelamin.
- Perasaan cinta dan sayang menjadi pudar pada pasangan dan seterusnya secara tiba-tiba perasaan berubah dari sayang dan cinta kepada rasa benci yang melampau tanpa sebab yang jelas pada pasangan.
- Banyak berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau atas alasan yang kecil dan tidak munasabah.
- Pasangan sering diganggu mimpi buruk sebagai contoh mimpi pasangan curang, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi didatangi orang tidak dikenali, mimpi tempat busuk dan lain-lain mimpi yang aneh.
- Suami atau isteri kerap terdengar bunyi pelik atau terlihat kelibat bayangan di dalam dan di sekitar kawasan rumah.
- Suami atau isteri mengalami sakit yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala yg berpanjangan, sakit belakang, terasa berat di sekitar leher, bahu dan dahi, pedih di perut, lenguh pada sendi kaki dan tangan dan mungkin sebagainya lagi.
- Isteri mengalami kitaran haid yang tidak normal, kadangkala terlalu banyak tanpa henti dan kadangkala tidak keluar langsung. Hal ini menjurus pada masalah sukar medapatkan zuriat.
- Timbul rasa takut dan curiga didalam hati yang boleh menyebabkan perasaan takut mendekati pasangan seolah-olah seperti ingin dilukai atau dianiaya pasangan.
- Timbul rasa cemburu yang melampau menyebabkan pergaduhan kerana mensyaki dicurangi pasangan walhal perkara tersebut tidak berlaku.
- Pasangan berasa rimas, tidak selesa, resah, gelisah, dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik sahaja pasangan keluar dari rumah atau ketika berjauhan.
- Sentiasa ternampak pasangan seolah-olah hodoh dan mengerikan malah terasa semua yang dilakukan oleh pasangannya serba tak kena.
- Mudah timbul isu penceraian diantara pasangan apabila berlaku perbalahan. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Manakala isteri pula kerap mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Hal ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.
Secara dasarnya, apabila satu-satu pasangan itu terkena sihir pemisah ini perubahan sikapnya akan berlaku secara mendadak. Ini adalah satu tanda yang paling mudah untuk dikesan.
Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil ditalian untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.
Pusat Rawatan Islam Al-Mudzil
Master Kun
0179497139
(CALL/WHATSAPP)

Assalamualaikum..tuan sy ada mslh spt suami tiba tiba jadi benci utk memandang muka sy,bila sy nak pegang tangan dia pun dia x bagi,tido pun dah tak seperti dlu,suami curang blkang saya, x suka duduk rumah,dengan saya sepatah pun tak bercakap..dlu dia tak seperti ni,dia seorang lelaki yg penyayang bertanggungjawab, sy pun kadang2 ada rasa benci memandang wajah suami,tapi sy lawan perasaan tu,adakah sy dah terkena sihir?bagaimana cara sy utk pulihkan hubungan kami?
ReplyDeleteAsalammualaikum...tuan ini msalah sy suami bru pulang dr mlaysia dia dah berubah x nak ckap dkat sy tdr blkng pnggung kat sy trsentuh dgn sy mrah x nyaman dduk kat rumah pkoknya x sm dgn dlu cmana sy mnghadapinya sy x than lg
ReplyDelete